Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin

EDINBURGH – Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau juga mahu UK henti penjualan senjata kepada Israel.

“Kita berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Ia sudah berlarutan selama beberapa bulan dan ia mencapai satu tahap yang tidak boleh dibayangkan.

“Apa yang penting adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera. Bencana ini perlu dihentikan. Kita perlu menghentikan penjualan senjata. Kita perlu mengambil langkah untuk menstabilkan situasi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“United Kingdom juga perlu menyertai negara-negara Eropah yang lain seperti Ireland dan Sepanyol untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas,” katanya.

Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi menyertai 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Langkah itu dialu-alukan pihak berkuasa Palestin atau Palestinian National Authority, yang mentadbir Tebing Barat.

Israel bagaimanapun mengecam tindakan itu dan mendakwa ia umpama memberi kelebihan kepada Hamas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *