BERITA UTAMA

Pas tidak terganggu dan tidak akan mengganggu

KANGAR – Pas sama sekali tidak terganggu, bahkan juga tidak akan mengganggu proses mahkamah yang sedang berlangsung terhadap kes melibatkan anak Menteri Besar Perlis.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin menegaskan, gerak kerja parti itu tetap berjalan seperti biasa, malah beliau sendiri walau telah berumur juga mempunyai jadual yang padat.

“Gerak kerja parti berjalan seperti biasa, saya sendiri walaupun sudah berumur, pagi tadi ada (terlibat) program, malam ini ada, besok ada. Terus bergerak, tidak ada gangguan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bekas ADUN Sanglang itu juga turut menyatakan pendirian dan sikap Pas yang tidak pernah dan tidak akan sama sekali mengganggu proses mahkamah sedang berlangsung terhadap mana-mana kes termasuk kes tersebut.

“Kita tak ganggu, serah pada mahkamah untuk proses seterusnya. Baru tuduh, jika sudah ada keputusan nanti akan ada rayuan. Kemudian kita (Pas) negeri ini ikut keputusan pusat saja,” tambahnya lagi.

Terdahulu, anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM19,000.

Bagaimanapun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan oleh Mahkamah Sesyen Kangar.

Mahkamah menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *