Kenyataan Ketua Polis Selangor salah, Azmin fail permohonan semak notis โ€“ Peguam

SHAH ALAM โ€“ Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memfailkan permohonan untuk menyemak notis yang dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menerusi notis tersebut Mohamed Azmin diarah menghadirkan diri untuk memberi kenyataan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah berkenaan kebocoran dokumen.

Peguam kepada Mohamed Azmin, Sasha Lyna Abdul Latif dalam kenyataan mengesahkan, yang Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan satu maklumat yang salah berkenaan notis tersebut.

Jelas beliau, notis sepatutnya berkenaan dengan kenyataan atau pengataan Mohamed Azmin di dalam Dewan Negeri Selangor pada 28 Februari lalu dan bukan kebocoran dokumen.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

โ€œPegawai penyiasat yang mengendalikan laporan tersebut telah berhubung dengan pegawai Azmin dan juga saya sebelum mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 tersebut.

โ€œNotis tersebut telah menyatakan yang masa dan tarikh kejadian seperti di dalam laporan adalah pada 28.2.2024 jam 3.30 petang dan tempat kejadian adalah di DUN Selangor.

โ€œPegawai penyiasat tersebut juga telah beberapa kali mengesahkan kepada saya bahawa laporan yang dibuat adalah berkenaan kenyataan dan/atau pengataan Azmin semasa beliau di sidang DUN Selangor.

โ€œIni adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Azmin telah memfailkan permohonan untuk menyemak notis tersebut,โ€ katanya hari ini.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Oleh itu, dakwanya, kenyataan Ketua Polis Selangor yang Mohamed Azmin dipanggil berkenaan kebocoran dokumen di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan adalah tidak benar dan bercanggah dengan kandungan notis.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilindungi oleh Perlembagaan dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 berkenaan apa-apa kenyataan yang dibuat semasa sidang dewan.

โ€œOleh itu, saya menyeru pihak polis serta kerajaan negeri dan Pusat untuk menghormati hak-hak yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang negeri kepada Azmin.

โ€œโ€ฆjuga kesemua Ahli-Ahli Parlimen dan juga Ahli-Ahli DUN semasa mereka berhujah serta membuat apa-apa kenyataan dan juga apabila merujuk kepada apa-apa dokumen di dalam Parlimen dan juga DUN dan untuk menghentikan segala bentuk siasatan dan gangguan terhadap mereka,โ€ katanya.

ย 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok:ย https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.comย /ย sales@nasionaldaily.comย / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *