Muhyiddin diminta beri kerjasama siasatan kes 3R

Insiden termasuk serangan terhadap institusi kerajaan tidak saling berkaitan – KDN

PUTRAJAYA – Siasatan polis membabitkan beberapa insiden termasuk serangan di balai polis, cubaan menceroboh Istana Negara dan ugutan terhadap Ahli Parlimen mendapati ia tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan polis setakat ini mendapati semua insiden terbabit mempamerkan corak yang berbeza.

“Tidak, berbeza corak insiden itu. Dalam insiden di Balai Polis Datuk Keramat (Pulau Pinang), ketika insiden dia mabuk, jadi yang ‘trigger’ itu adalah mabuk dan kita pun sudah dakwa dia di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

“Serangan di (Balai Polis) Ulu Tiram seperti yang saya sebut sebelum ini, bahawa dia bertindak ‘lone wolf’ manakala yang kita tahan di Istana Negara, dia kata dia mimpi, mimpi itu memerintahkan dia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. – BH

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *