Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa

TABRIZ (Iran) – Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pengarah Pejabat Organisasi Penyebaran Islam Iran di Tabriz, Hojjatoleslam Mahmoud Hosseini, berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.

Hosseini memberitahu wartawan IRNA pada Isnin bahawa perarakan jenazah akan diadakan pada Selasa dan penduduk Tabriz akan mengucapkan selamat tinggal kepada presiden dan membawa jenazahnya ke Lapangan Terbang Tabriz.

Beliau berkata bahawa Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan menunaikan solat jenazah untuk presiden pada Rabu dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad sehari kemudian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Satu majlis sedang berlangsung di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi.

Presiden Raisi dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *