BERITA UTAMA

Kunjungan ke Asia Tengah jana potensi pelaburan RM2.1 bilion – PM Anwar

KUNJUNGAN rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekaligus bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Jelas Perdana Menteri, beliau amat berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi tersebut yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah.

“Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi, dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai.

“Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri berkata, pimpinan Kerajaan Uzbekistan turut menghadiahkan sepersalinan pakaian tradisi rasmi khusus buat pemimpin tertinggi Bukhara dikenali sebagai Chapan Bukhara.

Beliau turut zahirkan ucapan penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa sepanjang delegasi Malaysia berada di Uzbekistan sejak Jumaat lalu. 

“Berat hati untuk melangkah meninggalkan Uzbekistan selepas hubungan erat yang terjalin meskipun hanya dalam tempoh singkat.

“Saya juga amat menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin dengan Presiden Shavkat. 

“Terima kasih atas keikhlasan yang dihulurkan sepanjang pertemuan dan perbincangan kami,” katanya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *