BERITA UTAMA

Peserta Malaysia Future Leader School santai bersama Datuk Bandar KL

SERAMAI 150 belia Program Malaysia Future Leader School (MLFS) menghadiri sesi sembang santai bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur di Dewan Megapuri, Tingkat 30, Menara DBKL 1.

Peserta diberi taklimat pengenalan mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum sesi sembang santai bermula.

Dalam sesi sembang itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh telah berkongsi mengenai perjalanan karier beliau sebagai penjawat awam di DBKL.

Selain itu, beliau turut berkongsi bagaimana menjaga kebajikan kakitangan di DBKL, ciri-ciri utama seorang pemimpin dan nasihat kepada peserta yang merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang.

Kamarulzaman juga turut mendoakan agar semua peserta akan berjaya dan cemerlang dalam Program MLFS serta mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang.

MLFS merupakan satu program nasional bertujuan mengilap bakat kepemimpinan masa hadapan negara yang diterajui Akedemi Kenegaraan Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Mohd Haswandi Ahmad. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *