GAZA – Kepulan asap besar menyelubungi bumi Gaza, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di selatan bandar Rafah.
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Dengan kejam, Israel kini menyeru rakyat Palestin di lebih banyak kawasan di bandar Rafah berpindah dan menuju ke kawasan yang dipanggil ‘kawasan kemanusiaan’ yang diperluaskan di Al-Mawasi.
Ia jelas sebuah petunjuk bahawa tentera zionis kini hendak meneruskan rancangannya untuk melakukakn serangan daratnya di Rafah.
Tindakan kejam tentera zionis itu telah mendapat kecaman dunia, berikutan jumlah kematian rakyat yang semakin meningkat, selain tahap kemusnahan semakin teruk di Semenanjung Gaza.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad, sekurang-kurangnya 35,034 rakyat Palestin telah terbunuh, manakala 78,755 lagi cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Angka kematian dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza yang melepasi angka 35,000 itu telah menyebabkan krisis kemanusiaan paling dahsyat pernah dihadapinya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252