Britain bantu Gaza, laksana ‘airdrop’ ke-11

GAZA – Bantuan udara oleh Britain dan negara Arab yang melalui Jordan merupakan bantuan menyelamat penduduk Gaza.

Komander tentera British, Peter Squires berkata, ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan yang ditutup oleh Israel menyukarkan mereka mendapatkan bantuan.

Beliau yang juga Naib Marshal Udara berkata, bantuan udara menggunakan kaedah ‘airdrop’ itu merupakan kali ke-11 dilakukakn Tentera Udara Diraja British.

Ia kekal sebagai sebahagian penting dalam usaha untuk menghantar barangan kemanusiaan dan menyelamatkan nyawa penduduk Gaza.

Dengan laluan darat ke Gaza sukar untuk diakses dan tidak beroperasi sepenuhnya, Jordan telah mengetuai gabungan tentera udara barat dan Arab yang telah memberi tumpuan kepada bantuan udara di Gaza.

Baginya keperluan di sana lebih besar berikutan risiko kebuluran yang menghampiri tahap bencana.

Bantuan udara kebanyakannya dijatuhkan berhampiran pantai Gaza kerana ia merupakan tempat paling selamat untuk menggugurkan bantuan.

Squires berkata, pengawasan dari kokpit dan perancangan terperinci memastikan pakej bantuan itu mendarat di tempat paling selamat untuk rakyat Palestin mencapainya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kematian akibat kegagalan payung terjun apabila bantuan jatuh ke atas warga Gaza yang menunggu mereka.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *