KUALA LUMPUR – Selepas dikejutkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menunggang motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal ditunggang dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
“Dua lelaki terbabit yang berhenti menunjukkan tukul kepada Safiq, sebelum pemain bola sepak itu mengundurkan keretanya, terus beredar dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang keretanya pecah.
Safiq kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi. – Harian Metro
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252