BERITA UTAMA

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim

SHAH ALAM – Seorang lelaki diberkas pada Ahad untuk siasatan kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

“Setakat ini polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas pada Isnin untuk membantu siasatan.

Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *