Arwah lemah, sudah tidak kenal orang sejak semalam – Uji Rashid

KUALA LUMPUR – Rakan duet penyanyi era-70 an, Allahyarham Datuk Hail Amir iaitu Uji Rashid menyifatkan kehilangan rakan baiknya akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira jam 3.48 petang tadi cukup memberi kesan buatnya.

Uji berkata, keadaan kesihatan Hail merosot sejak akhir-akhir ini sehinggalah dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu.

“Semalam saya berkesempatan melawatnya. Keadaannya lemah dan sudah tidak kenal orang. Tapi, bila duduk lama-lama dengannya dan cuba bercakap, arwah balas cuma suaranya tak jelas.

“Sepanjang arwah dirawat di HKL, hampir setiap hari saya menziarahinya. Sekarang, saya dalam perjalanan bersama adik ipar arwah untuk menziarah jenazah di hospital,” katanya ketika dihubungi BH Online.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Uji berkata, keadaan kesihatan arwah sudah merosot, namun masih gigih menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) pada Ramadan lalu.

“Arwah masih boleh hadir majlis berbuka puasa, cuma keadaannya agak uzur, jadi lebih banyak duduk.

“Kehilangan arwah memberi kesan besar buat saya. Ini kerana kami bukan setakat rakan duet, tetapi sudah seperti keluarga.

“Saya kenal dengan arwah sejak di bangku sekolah. Saya juga bukan sahaja rapat dengan arwah, tetapi ahli keluarga lain termasuk ibu dan adik-beradiknya. Saya juga mengenali ibu dan bapa isterinya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Begitu juga arwah, beliau juga mengenali ibu dan adik-beradik saya. Jadi, pemergian arwah sudah tentu satu kehilangan besar buat saya,” kata Uji.

Sebelum ini, Uji dan arwah pernah berduet menerusi lagu Antara Matamu dan Mataku, Menunggu Nasi Minyak, Daku Kau Lupakan dan banyak lagi.

Biarpun tidak lagi bekerjasama, tetapi hubungan masih baik sehingga kini. Malah, Uji akrab dengan isteri arwah, Datin Safiah Ibrahim.

“Ketika arwah masih sihat, kalau keluar makan bersama keluarganya, dia akan minta anaknya untuk hubungi saya dan ajak saya sertai mereka.

“Jadi mewakili keluarga arwah, saya mohon kepada semua dapat maafkan kesalahan Allahyarham Hail jika ada terlanjur kata.

“Keluarga arwah sedang sibuk uruskan jenazah, jadi bagi pihak keluarga mohon doa daripada semua dan halalkan makan minum arwah,” katanya. – BH Online

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *