Tajuk Utama

    Penubuhan kerajaan perpaduan pastikan kestabilan negara – Mat Sabu

    KUALA KUBU BAHARU – Kerajaan Perpaduan diwujudkan adalah untuk memastikan kestabilan dalam negara, kata Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

    Beliau berkata, apabila negara stabil, pelabur luar akan berlumba untuk datang melabur di Malaysia.

    “Jika negara stabil, berbilion ringgit akan mengalir masuk ke dalam negara dan ianya akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

    “Kepada anggota penjawat awam pula, kenaikan gaji seperti diumumkan Perdana Menteri membuktikan Kerajaan Perpaduan sangat peka dan cakna terhadap kebajikan mereka,” katanya berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan di DUN Kuala Kubu Baharu, malam tadi.

    Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersyukur kerana sumber makanan negara kini dalam keadaan yang stabil.

    Jelas beliau sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini, umat Islam sambut dalam keadaan sumber makanan mencukupi terutama ayam, telur, daging dan dijual pada harga murah.

    “Saya berharap, seluruh rakyat Malaysia dapat mempertahankan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini dan semoga calon Kerajaan Perpaduan menang pada 11 Mei ini,” katanya. – Nasionaldaily

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *