BERITA UTAMA

Along makin bertambah baik – Farah Cie

KUALA LUMPUR – Keadaan Mohd Nur Hadith, pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan KLIA 1 pada awal pagi 14 April lalu, semakin bertambah baik.

Perkara itu dimaklumkan majikannya, Farah Cie, yang dilaporkan menjadi sasaran sebenar tembakan oleh seorang individu dipercayai suaminya sendiri dalam kejadian di KLIA.

Farah Cie yang kini berada di Tanah Suci Makkah mengurus jemaah umrah menitipkan doa semoga Mohd Nur Hadith yang dipanggil Along terus kuat dan sihat.

“Alhamdulillah, Along bertambah baik. Doakan semoga Along terus kuat dan sihat, mangsa tembakan di KLIA lepas.

“Jom, kita bantu Along sempena Jumaat barokah. Maybank 1143 6605 0164 (Mohd Nur Hadith),” tulis beliau menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

Hampir seminggu Along bertarung nyawa dalam keadaan koma dan doktor bertungkus lumus melakukan beberapa pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.

Dalam kejadian 14 April lalu, Along, 38, cedera dalam kejadian tembakan yang dilepaskan suspek ke arah Farah Cie yang menunggu jemaah umrah di KLIA.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar, manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut Along.

Suspek yang dikenali sebagai Hafizul Hawari, melarikan diri selepas kejadian itu dan berjaya ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April lalu. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *