ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut

BUKIT MERTAJAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari parti Pas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang juga ADUN Sungai Dua berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.

“Saya dimaklumkan beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap dua hari lalu, namun dibawa ke HSJ pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

“Nor Zamri ketika ini menerima rawatan di ICU dan ditidurkan, saya difahamkan ketika ini belum boleh melawat dan mendapatkan maklumat keadaan kesihatan beliau dari ahli keluarganya dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu melawan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi apabila mendapat undian 15,433. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *