BERITA UTAMA

Malaysia-Indonesia beri perhatian soal cabaran keselamatan dan kestabilan rantau

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia mengakui meningkatkan hubungan ketenteraan serta penumpuan terhadap Sains dan Teknologi dalam pertahanan bagi memerangi ancaman keselamatan siber serta keganasan adalah peranan penting untuk kedua negara.

Dua negara ini juga sepakat bahawa soal cabaran keselamatan dan kestabilan di rantau itu akan terus diberi perhatian, termasuk dalam mendukung ASEAN sebagai sebuah kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kunjungan hormatnya ke atas Presiden Terpilih yang juga Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di Jakarta semalam.

Beliau menyifatkan pertemuan itu cukup berharga memandangkan Prabowo akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden pada Oktober ini.

“Kesempatan ini diambil untuk saya mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dan mandat besar yang diterima.

“Kepimpinan dan pengalaman luas beliau nescaya akan mengangkat Indonesia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia akan terus memupuk hubungan dua hala yang rapat dan akrab terutama dalam aspek pertahanan dan keselamatan sebagaimana ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Menurut Mohamed Khaled, usaha yang telah dilaksanakan selama ini seperti General Border Committee (GBC), platform yang memelihara dan mengekalkan hubungan antara dua negara akan diteruskan.

“Hubungan istimewa antara kedua-dua negara dalam soal pertahanan ini adalah bukti komitmen Malaysia dan Indonesia terhadapnya.

“Kepada Pak Prabowo, selamat mengemudi Republik ini. Saya percaya ia akan menjadi sebuah perjalanan yang mendekatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *