BERITA UTAMA

DBKL sita 12 premis tanpa lesen, benar warga asing berniaga

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 premis sekitar Jalan 2/3a dan Jalan 6/3a Pusat Bandar Utara, Selayang dekat sini, dikenakan tindakan disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam operasi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Batu dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju semalam, tindakan sita itu dikeluarkan mengikut UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Menerusi operasi itu juga, pihak DBKL melakukan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ia melibatkan pemeriksaan premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am yang membuat halangan tempat awam serta aktiviti penjajaan oleh warga asing terutama di kalangan etnik Rohingya Myanmar.

“Sejumlah 12 premis dikenakan tindakan sita dan pindah barangan melibatkan kesalahan halangan tempat / laluan awam di bawah kesalahan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Sebanyak 2 tindakan sita turut diambil ke atas penjaja bukan warganegara berikutan menjalankan perniagaan tanpa lesen pihak berkuasa menerusi UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Semua barangan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras,” kata DBKL menerusi hantaran Facebooknya.

DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi hotspot dari masa ke semasa. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *