Seniman gesa Sarah Yasmine hentikan kontroversi

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menggesa personaliti media sosial, Sarah Yasmine tidak lagi mengeruhkan keadaan dengan pelbagai kenyataan kontroversi membabitkan Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, rentetan tangkapan khalwat Aliff dan Ruhainies awal Mac lalu, menerbitkan pelbagai andaian dan persepsi yang sekali gus menjejaskan imej serta kredibiliti industri hiburan itu sendiri.

“Selaras dengan dasar Seniman iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia, Seniman beranggapan individu bernama Sarah Yasmine harus menghentikan apa jua tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej artis Malaysia.

“Perkara tersebut sedang disiasat oleh pihak berkuasa, semua pihak harus hormati proses tersebut.

“Selain dari perkara dan isu yang hangat diperkatakan ketika ini oleh Sarah Yasmine, Seniman beranggapan ia adalah isu peribadi. Seniman menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu lain,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Hafiz turut menggesa pihak yang nama mereka terpalit dalam isu itu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.

“Akhir sekali Seniman mengingatkan semua pihak tidak polemikkan isu ini dan hentikan segera segala perbalahan, kontroversi, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Sarah Yasmine menggegarkan industri hiburan setelah memuat naik tangkap layar antara Aliff dan Ruhainies. Malah, dia juga membabitkan Sophia Albarakbah, Emma Maembong, Chacha Maembong, Anna Jobling dan terbaharu Merqeen.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *