BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di sini, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, PBK II Mohd Shariff Md. Rais berkata, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam berhubung kejadian itu.
Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pegawai perubatan yang tiba di lokasi.
“Seramai 10 anggota dari BBP Bukit Mertajam telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama 1 unit jentera LFRT dan 1 unit kenderaan EMRS.
“Kemalangan jalan raya ini melibatkan sebuah treler bersendi dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16.
“Kita telah membuat “size up” dan didapati terdapat seorang mangsa berada di bahagian bawah lori, tidak tersepit,” katanya.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.21 malam. – Nasionaldaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252