SHAH ALAM – Sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.
“Saya sebutkan, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan wewenang Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong, itu sebaiknya.
“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim. Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak dałam parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.
“Itu bukan kita persoalkan. Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad (oleh) Agong (mesti juga) dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) di sini hari ini.
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!