PENDUDUK dunia dari pelbagai bangsa dan anutan agama akan meneruskan misi Kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Mereka akan berkumpul di Istanbul, Turki hari ini (18 April – Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi “Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla”.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan “Freedom Flotilla Coalition” (FFC).
Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, objektif penubuhan FFC pada tahun 2010 adalah untuk memecah kepungan di Gaza yang berada di bawah kepungan negara haram zionis selama lebih 17 tahun.

FFC telah menerima 11,000 permohonan dari 30 negara dan seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 dari Malaysia melibatkan pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Antara NGO Antarabangsa yang terlibat ialah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweeden ship to Gaza, Canadia boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles, Free Gaza Australia.
Selaku mantan “kelasi Kapal Marvi Marmara 2010” yang pernah meringkuk sehari di penjara zionis itu, saya hadir memberi sokongan penuh kepada misi ini.
Kita semua adalah pejuang kemerdekaan Masjidil Aqsa; pejuang keamanan sejagat.
Semoga mereka selamat pergi dan kembali, berjaya menghantar bantuan dan yang paling penting untuk memecahkan penjara tanpa sempadan oleh negara haram zionis itu. – Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, YDP YADIM
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!