BERITA UTAMA

Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup

MIRI – Polis Miri menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parit besar di Lakeshore, Senadin, dekat sini semalam.

Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang identitinya dikenali sebagai Lah Wan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.03 pagi.

“Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.

“Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.

Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sedang mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut dan mengesan senjata yang digunakan. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *