Tajuk Utama

    Gunung Ruang Meletus, MAS, AirAsia batal penerbangan

    KUALA LUMPUR – Akibat letusan Gunung Ruang di Indonesia malam semalam, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia ke beberapa destinasi melibatkan Kuala Lumpur-Sabah-Sarawak terpaksa dibatalkan hari ini.

    Pembatalan 11 penerbangan dua hala Sabah dan Kuala Lumpur itu melibatkan MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).

    Menurut kenyataan dikeluarkan, lapan lagi penerbangan dua hala Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan ialah MH2520 (KUL-KCH); MH2513 (KCH-KUL); MH2542 (KUL-KCH); MH2543 (KCH-KUL); MH2574 (KUL-MYY); MH2575 (MYY-KUL); MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).

    Kata kenyataan itu, disebabkan keadaan berubah-ubah, MAS akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini.

    “Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas.

    “MAS juga berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

    “Oleh itu, penumpang diminta mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS,” kata kenyataan itu.

    Berikutan letusan itu, pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara itu meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih satu kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah.

    Akhbar The Guardian melaporkan, Gunung Ruang meletus buat kali pertama jam 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat letusan lain semalam.

    Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871. 

    Menurut MAS lagi, keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada syarikat penerbangan itu.

    AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh merubah tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. – ND

    Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *