Fahmi arah lapor polis, MCMC tuduhan wang royalti masuk akaun PKR

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengarahkan laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap satu hantaran media sosial kononnya berbilion wang royalti Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun parti itu.

Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.

“Ada individu muat naik posting (hantaran) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dakwaan itu dibuat oleh penama ‘Sabrizan Salleh’ yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam. – BERNAMA

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *