BERITA UTAMA

Lori lari sekatan dikejar 50 kilometer, polis lepas 10 tembakan

JEMPOL – Seorang pemandu lori diberkas polis selepas lari dari sekatan jalan raya dan dikejar sejauh kira-kira 50 kilometer.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan ke bahagian tayar lori yang dipandu lelaki berusia 21 tahun itu di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

“Ketika kejadian, sebuah lori yang dipandu suspek secara tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar hingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun.

“Pemandu itu juga memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata, anggota polis tersebut terpaksa melepaskan tembakan ke bahagian tayar lori itu supaya suspek memberhentikan kenderaan.

“Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap dalam kawasan ladang sawit,” katanya.

Suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut dan dapati positif methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. – (Dipetik laporan BERNAMA)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *