JOHOR BAHRU- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari ini.
Baginda menyerahkan cek zakat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Penyerahan cek itu disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. – NasionalDaily