Banjir landa Rumah Panjang Justin Langie di Ulu Niah

MIRI – Hujan lebat berterusan sejak Rabu mengakibatkan Rumah Panjang Justin Langie, Ulu Niah, dekat sini, dinaiki air banjir setinggi tiga setengah kaki pada Jumaat. 

Maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, sepasukan lima anggota APM diketuai Sarjan (PA) Fildatul Akmar Juli bergerak ke lokasi kira-kira 2.30 petang bagi membuat pemantauan.

“Hujan lebat berterusan semalaman dari 3 hingga 5 April menyebabkan air Sungai Niah naik dan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan rendah. 

“Keadaan air banjir mula menaik perlahan di kawasan rumah panjang dan semasa pemantauan dibuat hujan masih turun. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bahagian bawah rumah panjang yang berhampiran dengan sungai dimasuki air lebih kurang tiga setengah kaki,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Dalam pada itu, katanya, hubungan jalan utama darat ke rumah panjang tersebut masih dapat dilalui kenderaan berat dan kenderaan biasa. 

“Penduduk kampung dinasihati untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat. 

“Masih ada segelintir penduduk menggunakan perahu sebagai pengangkutan dan keadaan buat masa ini masih terkawal dan selamat,” ujarnya. 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Rumah Panjang Justin Langie mempunyai keseluruhan 49 pintu dan didiami 350 orang penghuni. (Dipetik laporan UtusanBorneo)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *