Siapa Eran Haya?

KUALA LUMPUR – Identiti individu bernama Eran Haya didakwa dicari lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu, belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini kerana siasatan di peringkat kini belum mempunyai petunjuk positif terhadap lelaki yang didakwa suspek.

“Berdasarkan pengakuan, suspek memberitahu mencari seorang lelaki warga Israel bernama Eran atas isu keluarga, tapi kita (polis) perlu pengesahan mengenai kewujudan lelaki itu.

“Buat masa ini, kita belum jumpa lagi. Itu alasan dia sebagai motif, tapi kita melihat kemungkinan motif berbeza daripada alasan diberikannya dan hanya mengada-adakan cerita,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ditanya kemungkinan lelaki warga Israel itu sebagai koordinator bagi perancangan membunuh Eran, Razarudin berkata, siasatan menjurus pelbagai sudut.

“Kita lihat bagaimana seorang lelaki warga asing datang ke Malaysia boleh mendapat enam pucuk senjata dalam masa beberapa hari duduk di sini, jadi kita lihat kepada semua sudut.

“Mungkin dia boleh menjadi koordinator atau mungkin juga menjadi armourer (pakar senjata) atau datang untuk ambil senjata. Jadi itulah semua sudut siasatan kita, paling mustahak adalah mengenalpasti motif,” katanya.

Katanya, siasatan ini penting demi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Razarudin berkata, polis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap keselamatan orang awam dan pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Polis perlu menentukan keselamatan orang kenamaan terutama Yang di-Pertuan Agong, Raja dan Perdana Menteri yang kita tidak tahu mungkin jadi sasaran.

“Dia mungkin sebut nama Eran, tapi sebenarnya Eran itu tiada di negara ini,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian.

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *