KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara hari ini.
Baginda sekali lagi menegaskan, memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.
Menerusi catatan di laman Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Azam di Istana Negara hari ini.
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.
Dalam sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. – BERNAMA
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!