KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.
Pegawai berpangkat DSP itu yang bertugas di sebuah jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditahan di Putrajaya semalam.
Berikutan penahanannya, SPRM menemui dan merampas sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan itu.
Malah katanya, SPRM akan mendapatkan permohonan reman ke atas individu itu hari ini untuk membantu siasatan lanjut. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!