Kak KM dedah perompak adalah follower sendiri

USAHAWAN sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila sebahagian barang kemas dan peti besi yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta berjaya ditemui semalam.

Difahamkan, barang rompakan yang disorok ditemui di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Jelas Kak KM, dia ada di rumah ketika anggota polis datang untuk memberitahu berita tersebut. Pihak polis siap menunjukkan bukti gambar dan dia hanya mampu menangis.

Betul orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula,” katanya dipetik Kosmo!

Paling mengejutkan apabila usahawan ini mendedahkan suspek merupakan pengikut media sosialnya dan tahu perkembangan dirinya.

Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk.

Disebabkan itu, Kak KM mengambil pengajaran tidak akan mudah mempercayai orang lain dan akan meningkatkan kawalan keselamatan rumah.

Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada CCTV, tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka.

Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini juga bercadang untuk pindah rumah kerana merasakan tidak selamat tinggal di situ. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *