Bekas isteri pelakon menderita sakit misteri meninggal dunia.

STEVIE Agnecya, bekas isteri kepada pelakon Samuel Rizal disahkan meninggal dunia di usia 33 tahun pada Khamis lalu.

Berita sedih itu dikongsi beberapa rakan Stevie yang memaklumkan personaliti media sosial itu menghembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit misteri.

Susulan kematian Stevie, ramai membuat spekulasi dia sebelum ini terkena perbuatan sihir sehingga keadaannya menjadi lemah sebelum meninggal dunia.

Malah, menerusi video temu bual bersama Allahyarham sebelum ini, dia ada berkongsi mengenai masalah tersebut dan menjadi perhatian ramai.

Tahun lalu juga Stevie ada berkongsi dia menjalani kaedah perubatan alternatif kerana terkena buatan sihir yang turut menyebabkan hubungannya bersama suami menjadi renggang.

“Dia bukan sahaja mahu hubungan saya dan suami terpisah, malah dia mahu saya hilang dari muka bumi ini.

“Perbuatan sihir ini mahu saya sakit sampai mati,” dedah Stevie dalam satu temu bual pada September lalu yang disiarkan mStar.

Ketika itu dia mendedahkan sudah terkena perbuatan sihir sejak empat tahun lalu.

Untuk rekod, Stevie dan Samuel berkahwin pada Februari 2012 dan bercerai pada 2016.

Mereka memiliki seorang anak perempuan bernama Drucilia Kalea Arifin. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *