Setiausaha Agung MCA jangan cuba jadi jaguh – Dr. Puad

KUALA LUMPUR – Bantahan umat Islam terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini bukan perbuatan membabi buta dan semborono.

Sebaliknya, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, ia adalah perkara serius yang melibatkan sensitiviti orang Islam.

Justeru, beliau meminta Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon supaya tidak memandai-mandai hendak menjadi pembela kepada kedai serbaneka KK Mart.

β€œIni bukan membesar-besarkan isu. Ini soal agama. Ia menghina umat Islam. Umat Islam pelanggan utama KK Mart.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

β€œMalah, dakwaan Sin Woon bahawa memboikot kedai itu sebagai tindakan membabi buta dan semborono menambahkan lagi sakit hati pengguna umat Islam.

β€œApa maksud Setiausaha Agung MCA bahawa tindakan boikot itu menyebabkan negara jadi mangsa? Mana lebih berat jika berlaku huru hara berbanding boikot?,” soal beliau menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sin Woon yang meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh tidak “memperbesar-besarkan” isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Setiausaha Agung MCA itu dilaporkan berkata, Akmal juga tidak seharusnya membuat gesaan agar rangkaian kedai itu diboikot secara semberono.

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

β€œSaya juga ingatkan Ketua Pemuda UMNO supaya tidak memperbesar-besarkan isu stoking KK Mart dan jangan bermain taktik boikot membabi buta, jika tidak, yang menjadi mangsa tetap negara kita sendiri,” kata Sin Woon dalam hantaran di Facebooknya semalam.

Menurut Dr. Puad, KK Mart masih bernasib baik kerana sekurang kurangnya tidak ada kedai itu dibakar seperti yang berlaku di negara lain jika sensitiviti agama tidak dijaga.

β€œSepatutnya MCA menegur KK Mart, bukannya menjadi pembela membabi buta kepada KK Mart. Hormati kuasa pembeli umat Islam,” tegasnya.

Sementara itu, Dr. Akmal dalam responnya memberitahu, mungkin isu itu kecil bagi MCA, tetapi bukan bagi umat Islam.

β€œYang dipersendakan adalah agama kami bukan kamu. Jika bab kamu, pandai pula kamu pertahankan, bila bab kami kamu anggap perkara ini remeh

β€œShame on u! Bersatulah umat Islam melangkaui fahaman politik demi ummah,” ujarnya. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *