KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah yang dijual di tiga cawangan kedai serbaneka KK Mart.
Sayap parti Amanah itu menegaskan kepada pengilang, pengedar, mahupun peruncit untuk lebih sensitif terhadap isu agama, terutama berkaitan kalimah Allah.
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, ini penting dalam mengekalkan keharmonian agama di Malaysia.
โPemuda Amanah menyeru KK Mart dan mana-mana syarikat lain perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dalam pengurusan produk.
โKita mengambil maklum KK Mart telah memohon maaf mengenai isu ini, namun demikian berpandangan isu ini tidak harus dipandang ringan.
โKami mengingatkan dalam era globalisasi dan media sosial yang pesat, setiap tindakan syarikat akan disorot dan boleh memberi impak besar terhadap reputasi mereka,โ katanya dalam kenyataan menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Kata Asim Abdullah, penting bagi syarikat lebih berhati-hati dan menghormati nilai agama tempatan dan mengambil langkah sesuai untuk mengelakkan kemungkinan konflik dengan pelanggan.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan memperkuatkan undang-undang berkaitan dengan perlindungan sensitiviti agama, termasuk dalam bidang perniagaan.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
โLangkah undang-undang yang lebih tegas akan memberi isyarat jelas kepada syarikat bahawa pelanggaran sensitiviti agama akan diambil tindakan dengan serius, mendorong mereka untuk mengambil langkah proaktif dalam mencegah kejadian serupa di masa depan,โ katanya. – NasionalDaily
ย
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!
