KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 13 laporan polis dibuat Pemuda UMNO seluruh negara berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh berkata, seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan itu yang dibuat di setiap negeri mulai semalam.
“Kalau sebelum ini siasatan polis terhadap kes kalimah Allah pada stoking yang dijual di KK Mart tidak boleh dilakukan kerana tiada laporan, maka laporan polis di seluruh Malaysia telah kami lakukan.
“Sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan telah dibuat di setiap negeri dan seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan ini.
“Kami minta agar ia disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang hendak bermain dengan isu 3R ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Menurut Dr. Akmal lagi, hari ini adalah hari kedua desakan sayap UMNO itu kepada KK Mart agar meminta maaf di setiap cawangan mereka di seluruh negara.
“Saya nak mohon anda semua cuba periksa KK Mart di kawasan anda, ada atau tidak mereka menaikkan kenyataan mohon maaf di kedai mereka dan cuba kongsi di sini (akaun Facebooknya).
“Dan, kepada mana-mana individu yang nak jadi hero pertahankan isu ini dan minta jangan perbesarkan isu ni, shame on u sebab tunduk pada tauke besar,” tegasnya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!