BERITA UTAMA

Puting beliung membadai tiga negeri di tengah AS

WASHINGTON – Ribut yang sangat kuat telah membadai tiga negeri di tengah AS pada malam Khamis, membawa puting beliung yang sangat kuat serta meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa, kata pihak berkuasa kelmarin.

Ribut yang sangat kuat telah melanda wilayah berhampiran seperti Kentucky, Indiana dan Ohio.

“Kami mempunyai tiga kematian yang diketahui,” Syerif Randall Dodds, dari Logan County di barat tengah Ohio, memberitahu sebuah afiliat CBS. 

“Kemusnahan adalah ketara di mana kami perlu menggunakan jentera berat untuk sampai ke kawasan ini untuk mampu mengalihkan barang-barang ini di mana rumah-rumah telah roboh, bagi melihat sekiranya terdapat sesiapa yang tercedera,” kata beliau sambil menambah, “ia akan mengambil masa yang panjang.”

Secara keseluruhan, lebih dari 13 juta orang di tengah Amerika Syarikat telah ditempatkan di bawah pengawasan puting beliung pada Khamis ketika ribut menghampiri, kata Perkhidmatan Cuaca Negara (NWS). 

Ribut yang berubah-ubah tempat di sekitar Ohio Valley, membawa puting beliung di beberapa kawasan, termasuk satu “puting beliung sangat berbahaya seluas setengah batu” di Ohio, kata NWS.

Satu puting beliung melanda pekan luar bandar di Indian Lake di bahagian barat negara.

“Ia adalah kemusnahan sesungguhnya. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sepanjang hidup saya,” Amber Fagan, presiden bagi Dewan Perdagangan Indian Lake, memberitahu sebuah stesen televisyen Columbus ABC.

“Di luar bandar, ia adalah teruk. Ia adalah sangat teruk.”

Pokok-pokok yang patah, serpihan kaca dan tiang elektrik yang tumbang telah bersepah di atas jalan raya.

Nun di timur, hampir 5,000 buah rumah telah mengalami ketiadaan bekalan elektrik di Delaware County, Ohio.

“Bumbung rumah seseorang berada di dalam dapur saya,” Katie Sprinkle memberitahu akhbar Columbus Dispatch. Dia menyatakan anak-anaknya telah memakai topi keselamatan basikal ketika serangan ribut dan suaminya telah melindungi mereka di bawah sebuah kanu yang diterbalik.

“Berdoa dengan kuat, ibu,” anak perempuannya berusia sembilan tahun telah menggesa dia.

Pada mulanya Polis Indiana State memberitahu media AS bahawa tiga orang meninggal dunia di sebuah taman rumah bergerak di Winchester, Indiana, ketika satu puting beliung melanda.

Namun ketika satu sidang media semalaman mereka menyatakan “tidak menyedari” tentang sebarang kematian.

Pihak berkuasa menyatakan kelmarin, bahawa sekurang-kurangnya 38 orang telah mengalami kecederaan di wilayah Randolph dan Delaware di Indiana, termasuk “tiga orang yang mungkin dalam keadaan kritikal.” Mereka menyatakan sekurang-kurangnya 22 buah bangunan dipercayai telah musnah.

Di Kentucky, Gabenor Andy Beshear menyatakan menerusi media sosial bahwa satu puting beliung bergerak melalui bandar Gallatin dan Trimble di wilayahnya, namun tidak menyebabkan sebarang kematian.

Puting beliung, fenomena cuaca yang menarik ketika ia sukar untuk diramalkan, adalah biasa berlaku di Amerika Syarikat, terutama di bahagian tengah dan sekatan negara.

Kemunculan puting beliung adalah tidak biasa berlaku pada Mac, namun kemuncaknya biasa tiba pada April atau Mei. – AFP

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *