Suami isteri meninggal dunia rumah terbakar, anak perempuan selamat

DAMANSARA UTAMA – Sepasang suami isteri meninggal dunia apabila gagal menyelamatkan diri dari kejadian kebakaran rumahnya di Jalan SS21/18 di sini, awal pagi ini.

Bagaimanapun, anak pasangan itu, yang berusia 14 tahun berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian.

Komander Operasi Kanan, Ramli Haron berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.13 pagi, sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja pemadaman dan penyelamatan.

Katanya, bertindak atas maklumat, pasukan Bomba daripada BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya tiba bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan motosikal Unit RIM.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas dalam bilik utama dan di bahagian bawah ruangan dapur dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus.

“Terdapat tiga mangsa dalam rumah berkenaan. Seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba.

“Anggota kami juga turut bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mencari dua lagi mangsa dan merupakan pasangan suami isteri masing-masing berusia 61 dan 55 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Kata Ramli, kedua-dua mangsa akhirnya berjaya ditemui pasukan Bomba, tetapi telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *