BERITA UTAMA
Penny Wong

Australia, Kanada teruskan semula bantuan Palestin

AUSTRALIA – Negara ini mengumumkan untuk meneruskan semula bantuan kepada rakyat Palestin menerusi Agensi PBB Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebanyak 6 juta USD, kata Menteri Luarnya, Penny Wong.

Beliau berkata, sebelum ini Australia menghentikan sementara bantuan itu pada Januari kerana Israel mendakwa ada staf UNRWA terlibat dalam Operasi 7 Oktober 2023.

“Bantuan ini diteruskan semula selepas mendapat nasihat dari Pasukan Peguam Negara Australia dan agensi berkaitan serta mereka mengesahkan UNRWA bukan satu organisasi pengganas.

Kanada juga minggu lepas meneruskan kembali bantuan kepada UNRWA selepas menerima laporan awal siasatan PBB ke atas tuduhan Israel itu. – NasionalDaily

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *