BERITA UTAMA

Wanita UMNO Parit Sulong anjur tadarus dan khatam al-Quran

SEPERTI tahun sebelumnya sempena Ramadan, Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran DUN Seri Medan di Masjid Jamek Parit Singgahan.

Seawal jam 7.30 pagi, peserta telah mulai hadir mendaftar dan memenuhi ruang masjid dengan berpakaian putih bertudung biru.

Terima kasih diucapkan kepada Uminah Ithnin yang telah membimbing semua peserta bertadarus dan berkhatam kali ini.

Tidak dilupakan juga kepada Halimudin Samiran, Sakinah Daerah Batu Pahat yang turut hadir menyampaikan ceramah sebelum majlis berakhir.

Hadis Nabi Muhammad SAW daripada Abu Umamah r.a, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Semoga Allah SWT memberikan kita ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, dan amal ibadat kita di bulan Ramadan kali ini, mendapat keredaan dan keampunan daripadaNya. Insyaa-Allah.

Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. – NasionalDaily

Kongsi berita-berita menarik di Telegram NasionalDaily: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily dan sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami ke 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *