BERITA UTAMA

Aliff buka mulut jelas perkara sebenar

PELAKON kontroversi Aliff Aziz akhirnya buka mulut menceritakan hal sebenar berlaku pada malam dia dan pasangannya, Ruhainies ditangkap khalwat oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis.

Katanya, beliau mengambil keputusan berdiam diri daripada mengulas perkara itu di awal kejadian bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana-mana pihak.

Di samping itu, beliau juga tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru.

Ikuti kenyataan rasmi Aliff mengenai kes khalwatnya dengan pasangan pelakon, Ruhainies.

Assalamualaikum!

Ini kenyataan rasmi dari pihak saya mengenai isu yang tular baru-baru ini melibatkan saya.

Saya mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana-mana pihak.

Ketika isu itu masih hangat diperkatakan, saya seboleh-bolehnya mengelakkan untuk mengeluarkan kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru.

Ini adalah kronologi situasi yang berlaku pada hari kejadian:

Pada awal hari kejadian, kami baru selesai menjalani penggambaran. Dalam perjalanan pulang ke KL, kami bertolak secara konvoi bersama PA Ruhainies.

Ruhainies ada maklumkan, malam itu adik beradiknya ada merancang untuk makan-makan di rumah. Jadi, memandangkan ada adik beradiknya yang lain, saya rasa, tak ada masalah kalau saya turut serta.

Dan juga saya memang kenal dan berkawan dengan kakaknya Risteena dan sudah lama tidak berjumpa. Jadi, saya rasa ianya suatu peluang untuk berjumpa dia dan adik beradiknya yang lain untuk makan malam.

Ketika sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan.

Cara yang betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.

Waktu itu, kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba pintu diketuk.

Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu.

Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada dia dah sampai. Risteena beritahu, jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai.

Saya hanya berada dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan.

Bila kakaknya sampai, dah ada penguatkuasa JAWI dan polis. Bahkan, ketika adik beradiknya sampai dah ramai orang di luar.

Kemudian, Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguatkuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguatkuasa JAWI dan polis sahaja.

Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya, kami hadir ke JAWI dan berikan kenyataan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah.

Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun, yang salah tetap salah. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.

Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang, dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Terima kasih kerana membaca dan Assalamualaikum. – NasionalDaily

Kongsi berita-berita menarik di Telegram NasionalDaily: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily dan sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami ke 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *