BERITA UTAMA

Akibat serangan seksual tujuh tahun lepas, warga tua popular Korea ini dipenjara 8 bulan

AKIBAT serangan seksual terhadap seorang wanita pada 2017, pelakon ‘Squid Game’ O Yeong-su didapati bersalah dan dipenjara 8 bulan.

O Yeong-su turut diperintahkan Mahkamah Daerah Suwon Cawangan Seongnam untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual.

Berusia 79 tahun, O pada 2022 menjadi warga Korea Selatan pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe.

Kemenangannya untuk kategori pelakon pembantu terbaik dalam satu siri sebagai lelaki tua dalam filem thriller dystopian Netflix yang mega-hit.

“Rekod mangsa mengenai serangan dan dakwaannya adalah konsisten… dan nampaknya adalah kenyataan yang tidak boleh dibuat tanpa benar-benar mengalaminya,” kata Hakim Jeong Yeon-ju, lapor AFP.

Lelaki berkenaan didakwa pada 2022 tanpa ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita sebanyak dua kali.

Kejadian itu berlaku ketika O tinggal di kawasan luar bandar untuk persembahan teater pada 2017.

Mereka masing-masing di laluan berjalan kaki dan di hadapan kediaman mangsa, menurut Mahkamah Daerah Suwon.

‘Squid Game’ adalah satu siri yang menggambarkan dunia gelap di mana individu terpaksa bersaing dalam versi maut permainan kanak-kanak tradisional.

Siri itu meraih populariti di Netflix dalam tempoh kurang daripada empat minggu dari tayangannya pada 2021 sehingga menarik 111 juta penonton.

Sebelum ini, industri filem Korea Selatan juga digemparkan dengan dakwaan serangan seksual melibatkan mendiang pembikin filem Kim Ki-duk dan pelakon Cho Jae-hyun.

 

Kongsi berita-berita menarik di Telegram NasionalDaily: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendakpost iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily.com dan sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami ke 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga istimewa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *