“Boleh pula ambil tempias marketing”, Starvendors jadi sasaran boikot gara-gara Ruhainies?

FESTIVAL jualan, Starvendors menjadi sasaran boikot baharu di tengah kehangatan isu tangkapan khalwat melibatkan pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Perkara itu berlaku selepas usahawan selebriti, Ifa Raziah mengumumkan kehadiran Ruhainies sebagai artis jemputan dalam festival yang bakal diadakan hujung Mac ini.

Memetik laporan MalaysiaDateline.com, bersama kapsyen ‘Alhamdullilah si cantik manis Ruhainies juga ada di Starvendors nanti!’, pengumuman itu dibuat oleh Ifa di laman Instagram selaku penganjur festival.

Pengumuman tersebut bagaimanapun mengundang respon negatif daripada rata-rata pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan keputusan Ifa Raziah itu.

Ini kerana, tindakan mengambil Ruhainies sebagai salah seorang artis jemputan seolah sengaja ‘menunggang’ isu yang sedang hangat bagi tujuan pemasaran.

Orang ramai juga hairan dengan sikap Ruhainies yang terus menjalani kehidupannya tanpa rasa bersalah selepas mengkhianati kawan baiknya sendiri, Bella Astillah.

Sehubungan itu, netizen mengambil pendekatan untuk memulakan gerakan boikot dengan harapan amalan promosi seperti itu tidak dinormalisasikan.

“Kita boikot terus orang yang normalisasikan benda tak sepatutnya. Starbucks pun rakyat Malaysia mampu boikot. Apatah lagi Ruhainies yang suam-suam payau,” kata seorang pengguna.

“Boikot Starvendors! Berani lagi guna muka ini untuk pemasaran. Wahai netizen jalankan tugas anda,” kongsi pengguna yang meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Nak tanya. Macam mana dia (Ruhainies) boleh selamba menjalani kehidupan tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu. Tanpa rasa simpati dekat kawan sendiri.” Soal pengguna lain.

Terdahulu, Ruhainies ditangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz di kondominium mewah miliknya di Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lalu.

Mengambil masa hampir tiga jam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas artis terbabit enggan membuka pintu untuk pemeriksaan.

 

Kongsi berita-berita menarik NasionalDaily di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *