BERITA UTAMA

Tiada petunjuk selepas lapan hari, operasi SAR Japar James ditamatkan

MIRI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM) Sarawak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas, Japar James Tedong menamatkan misi itu selepas lapan hari berada di sungai dan darat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri dalam satu kenyataan berkata, operasi SAR remaja yang dikenali sebagai Japar James berusia 17 tahun itu gagal menemukan sebarang petunjuk selepas lapan hari operasi dijalankan.

Keputusan itu, katanya, dibuat hasil perbincangan bersama ahli keluarga serta agensi yang terlibat dalam SAR berkenaan.

“Hasil perbincangan dengan ahli keluarga mangsa, polis, Sarawak Coastguard serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menamatkan sementara waktu operasi itu.

“SAR akan disambung semula sekiranya terdapat tanda-tanda penemuan mangsa,” katanya.

Remaja lelaki terbabit dikhuatiri lemas setelah tergelincir ke sungai di Kuala Baram pada 4 Mac lalu.

Pencarian pada hari kelapan kelmarin dilakukan dengan pencarian di atas permukaaan air menggunakan empat bot dengan jarak radius pencarian lima kilometer ke hulu dan ke hilir sungai dari mangsa dilaporkan terjatuh.

Pencarian turut dilakukan di sekitar muara sungai dan sungai-sungai kecil dalam radius 15 kilometer, namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.

Sementara satu lagi pasukan mencari di kawasan menggunakan pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kampung Masjid Kuala Baram.

Mangsa dari Rumah Buan, Sungai Malang Tengah dilaporkan tergelincir selepas mandi di kawasan sebuah limbungan kapal di Kuala Baram pada 4 Mac lalu.

Maklumat awal daripada saksi yang memberitahu bahawa mangsa telah tergelincir selepas mandi di sungai itu dan mangsa tidak memakai baju sebaliknya hanya berseluar pendek.

Turut hadir di lokasi pencarian ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelemat Lutong Henry Jugah. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *