BERITA UTAMA

Empat beranak bunuh diri terjun tingkat 22

JAKARTA – Empat sekeluarga maut selepas mereka secara serentak terjun dari tingkat 22 sebuah apartmen di Penjaringan, Jakarta, Indonesia.

Berdasarkan video dimuat naik @Heraloebss di laman X, ia memaparkan detik-detik semua mangsa yang terlibat sebelum berlakunya tragedi.

Dalam video itu, kelihatan mangsa menaiki lif ke tingkat 21 sebelum menggunakan tangga kecemasan untuk akses ke bumbung tingkat 22.

Menurut Ketua Polis Daerah Penjaringan Metro, Komisioner Agus Ady Wijaya, kejadian yang berlaku di Apartmen Topas Menara Teluk Intan, Jakarta Utara itu adalah kes bunuh diri.

Katanya, polis masih menyiasat untuk mendapatkan motif yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

Dalam kejadian itu, mayat keempat-empat mangsa telah ditemui oleh pegawai keselamatan yang bertugas.

Difahamkan pegawai terbabit terdengar bunyi dentuman kuat dan segera menghampiri lokasi berkenaan serta mendapati semua mangsa terbaring atas jalan.

Berdasarkan laporan polis, identiti semua mereka yang maut dikenal pasti sebagai EA berusia 51 tahun dan AIL berusia 50 yang merupakan pasangan suami isteri serta dua anak mereka iaitu JL (15 tahun) dan JW (13 tahun).

“Di dalam lif, EA dilihat mencium dahi tiga yang lain, manakala AIL pula mengumpul telefon bimbit dari semua orang untuk naik ke tingkat atas,” jelas ketua polis.

Polis menyifatkan kes terbabit sebagai bunuh diri dan kini siasatan masih dijalankan untuk mengetahui apakah motif sebenar di sebalik kematian mereka sekeluarga. – NasionalDaily

Kredit: portal Serambinews

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *