BERITA UTAMA

Komando cemas, payung terjun tidak kembang

KUALA LUMPUR – Seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) menempuh detik cemas apabila payung utamanya mengalami masalah ketika latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.

Detik mencemaskan itu tular menerusi media sosial setelah video kejadian berkenaan dipercayai dirakam orang awam.

Video berkenaan memaparkan pendaratan yang dilakukan anggota Paskau itu mengalami masalah setelah payung terjun yang digunakannya tidak kembang.

Difahamkan, kejadian berlaku berkemungkinan mengalami masalah teknikal sebelum anggota Paskau terbabit menggunakan payung terjun kecemasan.

Detik cemas itu berakhir apabila anggota komando berkenaan berjaya mendarat dengan selamat di lokasi.

Latihan bersepadu itu membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggabungkan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia dikoordinasi oleh Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) sebagai hos yang dilaksanakan di kawasan operasi latihan sekitar Kuantan, Gong Kedak (Terengganu), Mersing (Johor) dan Pulau Pangkor (Perak). – Sinar Harian

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *