PETALING JAYA – Gara-gara bergelar heroin bergandingan dengan Aliff Aziz iaitu pelakon yang ditangkap khalwat awal pagi tadi, nama pelakon Ruhainies menjadi sebutan.
Instagram adik kepada pelakon Risteena Muin itu juga menjadi sasaran kecaman ramai.
Kosmo! Online melaporkan, tanpa kesahihan, rata-rata netizen mula membuat ‘serangan’ meluahkan kemarahan terhadap pelakon jelita itu dengan melemparkan tuduhan, kononnya dialah pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff.
Malah, ada yang lebih berani melabelkan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, sebagai perosak rumah tangga atau penyondol.
“Suka pula nak untuk mengecam penyondol macam tiada jantan lain sangat dalam dunia ni,” tulis seorang pemilik akaun media sosial.
Tidak kurang juga ‘hadir’ semata-mata mahu menyindir bintang utama drama Hello! Mr Perfect itu.
“Kes dengan AA malam ini jangan cakap dengan Ruhainies,” kata netizen.
“Dah buat ‘part time’ menyondol pula ke,” ujar seorang pengikut.
Awal pagi tadi dunia hiburan digemparkan dengan berita selebriti berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.
Perkara tersebut juga disahkan adik Bella Astillah, Didi Astillah yang ditemui di lokasi kejadian menemani kakaknya.
Nama Ruhainies terkait dengan insiden terbabit berikutan pembabitannya dengan bapa kepada dua cahaya mata itu dalam drama berjudul Terjerat.
Begitupun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balas pelakon berkenaan tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab. – KOSMO! ONLINE
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com