BERITA UTAMA
Putra desak kerajaan Selangor beri tempat tinggal, pampasan kepada penduduk Kg Sri Makmur

Putra pertahan Kok Seong nyata kebenaran sejarah

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tegas dan teguh bersama Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dalam menyatakan kebenaran sejarah.

Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif menegaskan, sokongan parti itu tidak berbelah bagi kepada Dr. Teo dengan alasan beliau berhak menyuarakan pandangan berdasarkan kajian akademik mendalam dan fakta sahih.

“Inilah seorang tokoh akademik bukan bumiputera yang berintegriti, berani dan berpijak di bumi nyata serta menerima kebenaran sejarah.

“Kenyataan beliau tidak ada kena mengena dengan rasis apabila mengatakan sekolah vernakular punca perpecahan kaum dan tidak membantu ke arah integrasi nasional.

“Inilah yang dikatakan bercakap benar walau pun pahit. Dr. Teo telah menunjukkan tauladan berdiri teguh bersama prinsip asas Perlembagaan Negara Fasal 151, 152 dan 153 serta yang berkaitan termasuk prinsip Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau mahu negara melihat Indonesia, Thailand dan Singapura sebagai contoh, menegakkan satu bahasa satu negara demi perpaduan nasional.

Tegas Shahrulufti, Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan pendidikan.

Ujarnya, tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan bersuara yang dilindungi Perlembagaan.

Justeru, Putra mendesak semua pihak, khususnya pemimpin politik agar berani dan tegas dalam mempertahankan nilai asas negara dan tidak menjadi anti nasional seperti beberapa kerat politikus yang tidak sedar mana bumi dipijak di situ langit di junjung.

Katanya, Putra tidak akan gentar menghadapi tekanan atau ancaman yang bertujuan menghalang parti itu dari menyatakan kebenaran.

“Putra berdiri bersama dengan Dr. Teo, Prof. Ridhuan Tee Abdullah dan Firdaus Wong Wai Hung dalam mempertahankan prinsip yang Putra percayai.

“Kita akan terus berjuang untuk Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni, di mana setiap suara dihargai dan setiap pandangan dihormati,” ujarnya. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *