BERITA UTAMA

“Tiada lagi nama Aman Graseka dan isteri dia dalam hidup kami” – Sharifah Shahirah

PENYAMPAI radio, Sharifah Shahirah memaklumkan dirinya kini sudah menghalalkan segala bantuan yang disumbangkan kepada pelakon veteran, Aman Graseka.

Bukan itu sahaja, wanita yang mesra disapa Shiera itu juga tidak mahu ada sebarang kaitan lagi antara dirinya dengan pelakon terkenal di era 90-an tersebut selepas ini.

Bagaimanapun, Sharifah Shahirah tetap mendoakan Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah dapat berlakon semula seperti sedia kala.

Perkara tersebut dikongsikan Shahirah yang juga seorang pelakon dan pelawak itu menerusi temu bual bersama portal hiburan atas talian, Gempak.com.

Move-on sahajalah. Selepas ini, tiada lagi nama Aman Graseka dan isteri dia dalam hidup kami. Syukur, kami lega. Segala bantuan yang diberikan saya sudah halalkan.

“InsyaAllah, Allah akan lipat gandakan rezeki sesiapa yang bank-in di dalam akaun Aman tempoh hari. Kami juga doakan Aman Graseka dapat berlakon seperti sedia kala,” katanya.

Dalam pada itu, Shahirah turut memberi respon berhubung kenyataan Aman Graseka yang mendakwa tidak pernah menghubunginya untuk meminta bantuan kewangan.

Jelasnya, laporan polis berkaitan akaun ‘palsu’ seperti yang didakwa Aman sebelum ini boleh sahaja dilakukan, namun Shahirah tidak mahu isu tersebut berpanjangan.

“Memanglah tiada, sebab delete (pesanan mesej) selepas meminta bantuan. Kami boleh sahaja nak buat laporan polis berkaitan akaun Aman. Tetapi lebih baik saya doakan dia daripada memanjangkan isu.

“Saya ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan. Lebih baik saya fokus benda penting daripada benda-benda ‘kelakar’ macam ini.” Ulas Sharifah Shahira yang juga pengacara terkenal tanah air itu.

Terdahulu, Aman mengakui dirinya tidak menerima sejumlah wang dari mana-mana pihak kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat.

Mendakwa tidak pernah menghubungi Shahirah kerana tiada nombor telefon, Aman juga menerima makluman dari pelakon, Aedy Ashraf mengenai kewujudan akaun bank yang menggunakan nama dan nombor telefonnya bagi tujuan penipuan. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *