BERITA UTAMA

Penstrukturan Goodyear jejas operasi pelbagai negara, bukan sahaja Malaysia

KUALA LUMPUR – Penutupan kilang syarikat pengeluar tayar global, Goodyear berikutan penstrukturan syarikat memberi kesan kepada 1,200 pekerja di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, kata Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Goodyear telah menutup kilangnya di Akron, Ohio pada Januari 2023.

“Ini dilakukan kerana Goodyear telah menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata laporan Goodyear di peringkat tahunan menunjukkan syarikat menghadapi tekanan kos yang tinggi dan memilih untuk mencari tempat yang mempunyai kos lebih rendah.

Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang dijangka menjejaskan kira-kira 550 kakitangan.

— BERNAMA

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *