BERITA UTAMA

Datuk Vida mohon maaf, akui kekhilafannya

KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida hari ini memohon maaf kepada orang ramai berhubung isu produk makanannya, ‘Salted Egg Salmon Skin’ mempunyai logo halal palsu.

Katanya, beliau mengakui kesilapannya dan tidak menyedari pelekat pada kotak makanan itu mempunyai ‘logo halal’

“Pasal isu logo halal palsu yang viral baru-baru, saya nak beritahu memang khilaf (silap) saya.

“Saya dianugerahkan (Allah) boleh buka kilang secara bidan terjun dan masih banyak lagi saya nak kena belajar untuk mengilang.

“Apapun, saya akan cuba langkah demi langkah dan saya sekarang sedang belajar.

“Mengenai pensijilan halal pula, saya sudah mohon dan mengambil masa untuk lulus iaitu enam bulan hingga satu tahun,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan kepadanya.

Baru-baru ini, Datuk Vida dilaporkan terkejut apabila ditanya mengenai serbuan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan ‘Salted Egg Salmon Skin’ sehingga disita.

Katanya, beliau tidak tahu menahu perkara itu kerana baharu pulang ke tanah air dari luar negara.

“Kejadian ini berlaku ketika saya tiada dalam negara dan baharu saja pula,” katanya. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *